Monday 16 January 2012

MAS perkenal semula laluan Sandakan-KL mulai 16 Februari

KUALA LUMPUR:
    Malaysia Airlines akan memperkenalkan semula penerbangan terus antara Sandakan dan Kuala Lumpur 11 kali seminggu mulai 18 Februari. 

    Ini bagi memenuhi permintaan sedia ada dan semakin meningkat bagi penerbangan perkhidmatan penuh terus premium antara bandar kedua terbesar Sabah itu dengan terminal utama Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

   "Selain itu, pengenalan semula penerbangan terus ke dan dari Sandakan akan membolehkan lebih banyak perjalanan antarabangsa menerusi KLIA bagi memenuhi permintaan rangkaian yang semakin meningkat untuk hubungan premium ke dan dari Sandakan dengan destinasi antarabangsa Malaysia Airlines.

   "Pengunjung antarabangsa yang berminat dengan kehidupan liar unik Sabah akan mempunyai lebih banyak akses terus ke kawasan di Sandakan seperti kawasan perlindungan Orang Utan terbesar di dunia di Sepilok, gajah bersaiz kecil dan monyet proboscis di sungai Kinabatangan dan Pulau Penyu," menurut syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan hari ini


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...