Wednesday 18 January 2012

Jangan Meniru.!!!


    Tipah sedang menduduki ujian bulanan. Oleh kerana semalam Tipah tak sempat nak study, dia panik kerana tak dapat jawab kertas jawapannya masih kosong walaupun masa ujian sudah lama berlalu. Tipah akhirnya mendapat inspirasi untuk meniru rakannya, Apiz kerana masa ujian sudah hampir tamat. Kononnya darurat la tu.

    Setelah di ‘psst’ beberapa kali dan merasa boring, akhirnya Apiz memberikan kertas jawapannya setelah diminta oleh Tipah. Apiz : (berbisik) “Cepat eh!!” Dengan rakus, Tipah menulis jawapan di kertas ujiannya dengan meniru jawapan Apiz 100% dan selang beberapa minit kemudian kertas jawapan Apiz dipulangkan semula. Tak berapa lama kemudian waktu ujian telah selesai dan semua kertas jawapan dikumpulkan di meja guru.

    Beberapa hari kemudian result ujian diberi kelas oleh cikgu mereka. Semua nama pelajar di panggil seorang per seorang. Tapi hanya nama Tipah yang tidak dipanggil oleh cikgu kelasnya.

Tipah : Cikgu! Nama saya takde ker?
Guru : La.. masa ujian tu awak ada datang ker?
Tipah : Ada cikgu, kebetulan hari tu saya tak ponteng. 
Guru : Pada saya memang takde kertas jawapan awak punya, cuba awak cari sendiri, mana tau termasuk kelas lain punya

Tipah datang ke depan kelas dan memeriksa satu per satu mencari kertas jawapannya.

Tipah : Ini Cikgu!
Guru : Ini bukan kertas ujian awak
Tipah : Betul cikgu, ini tulisan saya.
Guru : Cuba awak baca namanya!
Tipah : erkk.. Apiz!!??


                                      Kalau nak meniru tu, janganlah tiru 100%



0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...