Tuesday 13 December 2011

Mangsa banjir di Kuantan meningkat



KUANTAN 11 Dis. - Jumlah mangsa banjir yang berada di pusat pemindahan di daerah ini meningkat kepada 77 orang setakat pukul 5 petang ini.

      Jurucakap Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata peningkatan itu susulan pemindahan mangsa banjir terbaru seramai 13 orang di Sekolah Menengah Kebangsaan Paya Besar, kira-kira 4 petang tadi.

      Selain itu, masih ada 19 mangsa banjir di Dewan Orang Ramai Indera Mahkota dan 45 orang di Tadika Perpaduan Cenderawasih, katanya kepada Bernama, di sini.
Penduduk di daerah ini juga diminta berjaga-jaga kerana hujan masih berterusan.

"Paras sungai utama di Pahang iaitu Sungai Pahang dan Sungai Kuantan masih berada pada paras berjaga-jaga,” katanya.

Tiada kejadian banjir di daerah lain di Pahang dilaporkan setakat ini, katanya

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...