Wednesday 14 December 2011

Gempa kuat 6.1 magnitud gegar kepulauan Indonesia



2011/12/13

JAKARTA:
   Gempa bumi kuat berukuran 6.1 magnitud menggegarkan pantai kepulauan tengah Indonesia sebentar tadi, kata Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).

   Pegawai tempatan pula berkata, tiada laporan mengenai kerosakan dan tiada amaran tsunami dikeluarkan susulan gempa bumi itu.

   USGS berkata, gempa berlaku pada jam 3.52 petang (2.52 petang waktu Malaysia) kira-kira 71 kilometer tenggara bandar Gorontalo, Pulau Sulawesi dan berpusat kira-kira 160 kilometer di dasar Laut Maluku.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...