PantunKU

Hujan turun membasahi bumi
Terasa segar menusuk jiwa
Walau di timpa musibah berkali
Tetap ku bangun dan terus berusaha

 

Tarikh hebat sejarah silam
Masih segar di dalam ingatan
Kata ini khas untuk Umat Islam
Salam Maulidur Rasul Ku Ucapkan



Bermain badminton di petang hari
Asyik menang tak henti-henti
Semangat Perwira tak pernah lari
Baru Kemenangan dapat dikecapi


 Pelekat bukan sebarang kain
Kain ditenun disulam benang
Hebat sungguh beliau bermain
Tetapi benarkah beliau menang?


Penat bermain tak ingat penat
Cedera di tangan langsung tak dihirau
Apalah saja yang tuan dapat
Kalau tahu menang ada yang hirau?
 


Penat bermain hingga ke petang
Niat untuk menghiburkan hati
Jika tahu siapa yang menang
Hadiah diberi tanda saguhati


Pergi memancing dapat siakap
Siakap terlepas belut diganti
Jangan hanya pandai bercakap
Hulurlah saguhati yang ku nanti
 



Petang-petang ke pantai Alai
Melihat nelayan sedang berkeliaran
Dalam hidup janganlah lalai
Senang nanti ketemu kebenaran



Ikan siakap tiga rasa
Dihidang untuk yang tersayang
Sehari tak jumpa rindu berbisa
Berhari tak jumpa cubalah bayang


 Ikan siakap dimasak madu
Makan bersama orang tersayang
Hati sudah ditawan rindu
Sehari suntuk gila bayang


Ikan caru digoreng-goreng
Makan sekali nak dua kali
Janganlah rindu sampai termereng
Nanti susah bertambah lagi


Pergi mengail ikan haruan
Sambil berehat dipohon meranti
Jikalau benar kata tuan
Disini rindu disana menanti


Di sana hanyalah menanti
Di sini hanyalah merindu
Kalau asyik rindu dan menanti
Adakah dapat apa-apa di situ
 



Asyik bersembang ceritakan masalah
Asal perbualan sayu dan sedih nadanya
Niat dihati nak lupakan yang salah
Agar dihati dan jiwa tak terasa pedihnya


Di pagi yang mulia ku hirup udara segar
Suasana indah dilihat tidak terkata
Hendaklah semua sentiasa sabar
Barulah hidup akan bahgia


Sejuknya cuaca dimalam hari
Turunnya hujan di awal malam hingga ke tengah malam
Itulah sebenarnye rahmat yang ku nanti-nanti
Ibarat menunggu jatuhnya mempelam


Burung serindit terbang melayang
Singgah dihinggap di ranting mati
Duit ringgit dipandang orang
Jarang dipandang bahasa budi

Yang kurik tu kundi
Yang merah saga
Yang baik itu budi
Yang indah itu bahasa

Melayang serindit tinggi di awan
Di ranting mati hinggap nya pula
Sememang nya ini lumrah nya alam
Budi bahasa tidak di pandang mulia

Mengapa budi tidak dipandang 
Sedang itu dibawa mati 
Mengapa orang fikiran tak panjang 
Bukankah itu senangkan nanti

Hidup tiada ingat akan mati
Bersuka ria sepanjang hari
Hanya harta dapatkan diri
Tiga lapis kain kapan sahaja dia beri
 
 

Itulah lumrah masa kini
Bila dah senang bangga diri
Harta yang ada tak dibawa mati 
Cuma amalan di serapnya nanti

Disambar yu jerung tenggiri
Sutan Amat mandi bersimbur
Di situlah baru tahukan diri
Malaikat memalu dalam kubur
 
 


Apa guna pasang pelita
Jika tidak dengan sumbunya
Apa guna bermain kata
Kalau tidak dengan sungguhnya

Jangan tergoda bintang diawan
Kalau terbitnya disiang hari
Jinak merpati makan ditangan
Usah dikurung disangkar hati

Anak punai anak merbah
Hinggap ditonggak mencari sarang
Anak sungai lagikan berubah
Inikan pula hati orang

Burung merpati terbang melayang
Hinggap sebentar dipohon manggis
Kasih yang putus jangan dikenang
Kalau dikenang tentu menangis

Melayang-layang si burung merpati
Mencari makanan bernama manggis
Sampainya hati langsung tak bersimpati
Biarkan diriku sehingga menangis

Semanis kurma semanis madu 
Untuk santapan kepada sultan
Jika dihati terasa rindu
SMS dihantar tanda ingatan

Semanis makanan semasam langsat
Untuk santapan buat tetamu
SMS tak balas panggilan tak diangkat
Bagaikan sudah tak ingin bertemu


Menjala ikan di kg semujuk
Sambil menjala kita menari
Niat dihati bukan nak merajuk
Cuma ingin membawa diri


Rumah dibina tidak didiami
Burung dibela tidak dijaga
Mengapakah ingin membawa diri
Tidakkah itu puncanya bara


Sungguh merdu alunan suara
Hingga menusuk kedalam hati
Bukan untuk mencari bara
Hanya untuk menenagkan hati


Sungguh memukau suara bidadari
Tidur tak lena jadinya lena
Banyaknya cara tenangkan hati
Membawa diri bukanlah caranya
 


Bintang tujuh sinar berseri
Bulan purnama datang menerpa
Ajaran guru hendak dicari
Mana yang dapat janganlah lupa


Kalau ada menanam tebu
Boleh dijual di pasar desa
Kalau kita jadi tetamu
Biar pandai berbudi bahasa

Menenam tebu di tepi desa
Tebu di jual kedai tok sidang
Harus lah ramah berbudi bahasa
Supaya di hormati semua orang. 

Hormat menghormati budaya kita
Salam bersalaman cara kita
Walaupun ada salah dan silap antara kita
Haruslah bermaafan antara kita


Tengahari pergi mengail
Dapat seekor ikan tenggiri
Jangan amalkan sikap bakhil
Akan merosak diri sendiri


Jikalau tuan mengangkat peti
Tolong masukkan segala barang
Jikalau anak-anak bersatu hati
Kerja yang susah menjadi senang


Putus sudah tali temberang
Semasa belayar di tengah lautan
Jangan berlagak jaguh yang garang
Kalau tidak sanggup berdepan


Cuaca gelap semakin redup
Masakan boleh kembali terang
Budi bahasa amalan hidup
Barulah kekal dihormati orang


Kayu bakar dibuat arang
Arang dibakar memanaskan diri
Jangan mudah menyalahkan orang
Cermin muka lihat sendiri


HAKCIPTA TERPELIHARA

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...