Saturday, 4 February 2012

Standard halal bagi barangan kulit, bulu dan tulang akan diperkenal

KUALA LUMPUR:

    Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dengan kerjasama Jabatan Standard Malaysia sedang menyediakan piawaian halal khusus untuk barangan kulit, bulu dan tulang haiwan.

    Ketua Penolong Pengarah Bahagian Hab Halal Jakim, Hakimah Mohd Yusoff, berkata apabila siap kelak, piawaian itu akan digunakan sebagai garis panduan untuk persijilan halal bagi barangan berkenaan dalam usaha menjaga sensitiviti pengguna beragama Islam.



   "Bila cakap tentang persijilan halal, masyarakat hanya fikir tentang makanan atau minuman sedangkan barangan yang kita pakai setiap hari mungkin tidak halal. Jadi itu pentingnya standard halal untuk barangan itu.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...