Sunday, 29 January 2012

Malaysia diiktiraf antara Destinasi Pelancongan Termurah



RAUB: 

    Sektor pelancongan Malaysia terus mendapat pengiktirafan antarabangsa apabila tersenarai di antara lapan destinasi percutian paling murah di dunia selain Vietnam dan Thailand oleh portal pelancongan murah, STA Travel United Kingdom. 

    Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen, berkata selain itu berdasarkan laporan Organisasi Pelancongan Dunia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNWTO) Malaysia menduduki tangga kesembilan dari segi ketibaan pelancong. 

   “Manakala portal informasi dan pelancongan Lonely Planet pula meletakkan negara ini antara 10 negara yang baik untuk dilawati, katanya ketika berucap pada Majlis Riang Ria Tahun Baru Cina dekat sini, semalam.

   "Industri pelancongan banyak mengharumkan nama negara di mata dunia, malah ia adalah sektor kelima penyumbang terbesar kepada pendapatan negara," katanya 

    Majlis dirasmikan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...