Saturday 7 January 2012

Jakarta tidak akan dilanda ribut tropika: BNPB

JAKARTA: Pihak berkuasa menegaskan bahawa Jakarta tidak akan dilanda ribut tropika serta taufan Katrina sebagaimana yang didakwa sehingga kononnya ribut dan taufan itu akan menyebabkan ibu kota itu diancam banjir. 

Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) menjelaskan bahawa kawasan Jakarta dan sebahagian besar Indonesia bukan termasuk dalam laluan ribut tropika.



"Jakarta umumnya hanya akan terkena tempias atau ekor dari ribut tropika yang berlaku di Lautan Hindi.
"Semasa banjir Jakarta pada tahun 2002 dan 2007, berlaku hujan secara terus-menerus selama tiga hingga lima hari dengan intensiti tinggi dan ukuran jumlah hujan yang melebihi normal," kata BNPB dalam kenyataan di sini, hari ini. 

Katanya, hujan itu dipengaruhi ribut tropika dan tekanan udara yang rendah di sebelah Barat Daya dari Pulau Jawa, yang terletak di Lautan Hindi.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...