Saturday, 14 January 2012

BAHAYA DIET SAYUR SAYURAN KEPADA REMAJA


    Remaja yang mengamalkan diet sayur-sayuran berkemungkinan menghadapi risiko masalah gangguan pemakanan dan lebih cenderung membunuh diri berbanding rakan sebaya mereka yang makan daging.

    Satu kajian yang dijalankan di Amerika mendapati, remaja yang mengamalkan diet sayur-sayuran ini lebih prihatin terhadap berat dan bentuk tubuh mereka.

    Selain menghadapi masalah gangguan pemakanan, mereka juga lebih cenderung untuk mencuba pelbagai kaedah mengawal berat badan yang sihat dan tidak sihat termasuklah pil diet, ubat pelawas dan memuntahkan apa yang telah dimakan.

    Malah, mereka juga lebih cenderung untuk melibatkan diri dalam percubaan membunuh diri berbanding rakan sebaya mereka.

    Remaja lelaki yang mengamalkan diet sayur-sayuran ini lebih ketara mengamalkan kaedah mengawal berat badan yang tidak sihat seperti muntah dan menimbang berat badan mereka dengan lebih kerap.

   Hampir kebanyakan mereka yang mengamalkan diet ini menimbang badan mereka lebih kerap dan sering mengatakan bahawa mereka tidak berpuas hati dengan bentuk tubuh mereka berbanding mereka yang tidak mengamalkan diet seumpama ini.

   Kajian terbabit menunjukkan tiga perempat pengamal diet yang makan sayur terdiri daripada perempuan dan sebahagian besar daripadanya berkulit putih.

   Antara sebab utama yang menyebabkan mereka mengamalkan diet sayuran ini kerana keinginan untuk menurun dan mengekalkan berat badan.

  Selain itu, mereka juga enggan terlibat dalam membunuh haiwan, tidak gemarkan rasa daging dan mereka merasakan bahawa amalan diet seumpama ini lebih sihat terutama dalam usaha mengekalkan persekitaran lebih baik.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...