Wednesday 11 January 2012

Aceh Dilanda Gempa 7.1 Skala Richter

Gempa bumi kuat berukuran 7.1 pada skala Richter menggegarkan Aceh, Sumatera, awal pagi tadi.

Setakat ini, belum ada laporan mengenai kerosakan harta benda dan korban.

Pihak berkuasa juga menarik balik amaran tsunami yang dikeluarkan sejurus gempa.

Menurut Badan Meteorologi, Klimatologi Dan Geofisika, gempa bumi dasar laut  berpusat di 419 kilometer barat daya Meulaboh.



Ia berlaku pada jam 1.36 pagi dan diikuti beberapa kejadian gempa susulan.

Menurut laporan media tempatan, gegaran kuat gempa bumi itu dirasai penduduk Banda Aceh dan sekitarnya.

Manakala penduduk di kawasan pesisir Aceh pula merasakan tiupan angin kencang.

Penduduk yang panik, dilaporkan lari meninggalkan kediaman.

Di pusat bandar Banda Aceh, ramai penduduk berkumpul di jambatan Pantai Pirak dan jambatan Simpang Surabaya untuk memantau pergerakan arus Sungai Krueng Aceh kerana ia boleh memberi petanda jika berlaku tsunami.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...