Sunday 25 December 2011

Mangsa Banjir di Sandakan Meningkat 341 Orang


2011/12/25

SANDAKAN:
    Mangsa banjir di Kampung Gum Gum di sini yang dipindahkan ke pusat pemindahan meningkat kepada 341 mangsa setakat 10 pagi ini berbanding 112 orang semalam.

Jurucakap Pusat Operasi Banjir Majlis Perbandaran Sandakan berkata, ke semua mangsa yang membabitkan 99 keluarga itu kini ditempatkan di Dewan Serbaguna Gum-Gum di Batu 16.

    Katanya, empat lagi kampung masih lagi terjejas banjir iaitu Jaya Bakti, Sungai Memanjang, Menanggol dan Garinono.

Menurutnya, mangsa yang dipindahkan ke pusat pemindahan hanya dari Kampung Gum-Gum bermula petang semalam berikutan paras air sungai Gum-Gum meningkat secara mendadak.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...